SUKFAZ 2017 (Banat Sahaja) - IQRAC - Intellectual Quranic Generation Association

Post Top Ad

Your Ad Spot

Anda Pengunjung yang ke :

Thursday, 21 September 2017

SUKFAZ 2017 (Banat Sahaja)



          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pemilik alam ini kerana masih lagi membenarkan Cik Admin untuk menulis lagi di blog kesayangan warga IQRAC (harapnya). Alhamdulillah juga kerana kalian yang membaca ini masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi musafir sekaligus membaca post terbaru di blog. Tahniah, dan teruskan tugas kalian sebagai hamba kepada yang Esa. Jangan culas ya! *pesanan penaja* Lebih-lebih lagi, sekarang waktu cuti awal Muharram. Jadi, manfaatkan cuti kalian dengan perkara yang bermanfaat, yang lagha tu kalau boleh tinggalkan ya? Ayuh, kita capai misi tamatkan muqarrar!


          Ok, nampaknya panjang sangat muqaddimah. Bukannya ada yang rajin baca pun. Kita teruskan dengan tajuk utama di atas itu.


          Alhamdulillah, hanyasanya Allah sahaja yang layak dipuji atas penganjuran SUKFAZ 2017 baru-baru ini bermula pada 20/8/2017 dan tamat pada 26/8/2017 yang lalu. Buat julung-julung kalinya penganjuran SUKFAZ pada tahun ini dimulai dengan acara Colour Run yang selama ini tidak pernah wujud dalam tentatif SUKFAZ pada tahun-tahun yang lepas. Alhamdulillah, kerana ada juga wakil daripada Tree yang menerima pingat kerana meraih nombor.


          Tahniah kepada warga Tree - Groots & Geraniums yang bermati-matian dalam menjayakan SUKFAZ pada kali ini, walaupun clash dengan lawatan ke UIA. *smiling*


          Berikut merupakan keputusan penuh pihak banat pada SUKFAZ yang lalu:


Acara Utama

1. Marathon - seramai 13 orang mendapat nombor dan seorang daripadanya meraih emas.

2. Badminton - Gangsa

3. Pingpong - gangsa

4. Bola jaring - emas

5. Bola baling - emas

6. Bola tampar - tempat ke-4

7. Catur - tempat ke-4

Acara Sukaneka

1. Tarik tali - perak

2. Skipping Candy - perak

3. Mumia - gangsa

4. Guess It Right - gangsa

5. Explorace -gangsa

     
        Pada 26/8/2017, telah diadakan malam penutup bagi SUKFAZ yang telah berlangsung di Dewan Muktamar dengan semester Qaradhawi dinobatkan sebagai juara bagi keseluruhan SUKFAZ kali ini, diikuti dengan semester RIMTAZ, ABQORIY dan IQRAC. Alhamdulillah, no 4 itu pun nombor juga. Nombor itu sekadar angka, namun pada Allah, usaha itu lebih utama dan lebih diambil kira.

          Tak lengkap bagi suatu post di blog kalau tiada gambar. Let's check it out! *banat sahaja*















         P/s: Maaf hanya gambar ini sahaja yang dapat ditayang kerana banyak gambar tidak sopan untuk ditayangkan.


          Akhirulkalam, moga-moga ukhuwah kita tidak hanya dalam SUKFAZ dan sepanjang kita belajar di Darul Quran sahaja. Moga berkekalan hingga ke jannah - Insya-Allah. Jadikan sukan medan untuk kita menjalinkan hubungan silaturrahim sesama warga Darul Quran - tidak tertakluk kepada IQRAC sahaja ya, medan kesihatan dan jati diri. Menjadi seorang penghafaz Al-quran bukan bermakna masanya dihabiskan dengan Al-quran semata tanpa cakna akan suasana sekeliling, tetapi seorang penghafaz Al-quran perlu juga memiliki jasmani yang mantap untuk meneruskan tugas sebagai Hafiz/ah yakni pemelihara kalam-Nya.



          Sekian.

Post Top Ad

Your Ad Spot