Depression – Macam Mana Nak Survive?

Assalamualaikum w.b.t semua.
Ok, ini adalah post yang ketiga untuk hari ini. Kiranya, hadaplah kalian dengan post yang banyak untuk hari ini.

Jadinya kali ini, kita akan bentang tentang topik depression. Well, untuk pengetahuan pembaca semua, mental depression sebenarnya berlaku secara meluas dalam kalangan kita. Namun, sayangnya, ramai yang tiada kesedaran dan kecaknaan terhadap penyakit ini. Ramai juga yang tak menyedari bahawa mereka menghidapi penyakit ini.

Dan berikut merupakan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri,

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 29.2% (anggaran 4.2 juta). Ini bermaksud 1 dalam 3 masyarakat Malaysia mengalami isu yang berkait dengan masalah mental. Kajian ini turut menunjukkan bahawa prevalen masalah kesihatan mental juga adalah paling tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 16-19 tahun dan di kalangan golongan yang berpendapatan rendah.”

See? Kita antara gologan yang berpotensi untuk mengalami depression a.k.a kemurungan.

Gambar dekat bawah ini menunjukkan simptom depression. BACA, HADAMKAN DAN JANGAN PANDANG ENTENG.

Klik untuk gambar membesar dengan sihat
Kemurungan ini sangat berbahaya kepada kita khususnya, dan orang yang terus hanyut dalam penyakit ini akan melalui fasa yang sukar dalam mencapai cita-cita. Kenali simptom ini samada ada pada diri atau rakan.
So, next…
Jom kenal cara untuk handle kemurungan.
Caranya ialah:
1. UBAH CARA FIKIR. Itu yang paling utama. Kebiasaan orang mengalami depresi ni orang yang tidak yakin dengan diri mereka sendiri, merasa orang lain bertanggapan buruk terhadapnya and so on. Please clear all negative thoughts. Don’t let it grow into your mind! Hidupkan positive vibe dalam diri, dan apa-apa pun mindset itu penting. Tukar mindset dan inshaa Allah those thoughts will slowly vanish from your mind. Kita yang kawal minda, bukan minda yang kawal kita.
2.  KURANGKAN penggunaan media sosial. Bila kita kerap guna media sosial, kita akan baca banyak berita atau nampak banyak benda atau orang yang mungkin kita tak suka tengah online dekat media sosial. Secara automatiknya kita akan turut berfikir dan rasa macam kita kena komen atau repost atau share benda berkaitan tema tu. Benda tu semua cam catalyst dan tingkatkan level anxiety dan depression especially bila kita ni jenis suka bandingkan dengan orang lain sebagai contoh. Ini pun berlaku juga pada sesetengah orang.
3. Next, JANGAN DUDUK SEORANG DIRI. Duduk seorang diri sememangnya menambahkan lagi risiko. Don’t put yourself into risk. Bergaullah, berkomunikasilah. Contohnya, kalau roommate entum tinggalkan entum seorang diri, pergilah ke bilik kawan-kawan lain ke? (take note: pilih masa yang sesuai) Tak pun, beriadahlah, ajak kawan-kawan sekali. Bukan setakat jasmani sado, akal pun waras. Al-aqlus salim fil jismis salim kan? Takkan tak kenal kut ayat ini?
4. Tak berjaya? Cuba sibukkan diri dengan aktiviti. Pergilah hiking ke, dekatkan diri dengan nature ke, shopping ke, extreme activity ke. Paling-paling tidak pun, ajaklah usrah pergi teroka Kuala Kubu Bharu tu ha. Banyak apa tempat yang best, tak payah pun nak pergi jauh-jauh kan? 
Tak pun, buat tahriri ke. Haa ni untuk sesiapa yang tidak siap lagi lah. Masa lapang tu guna sebaiknya, jangan asyik nak berangan sahaja. Crush2 apa semua simpan dulu.
5. Tak jalan juga? BAIKI HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA. Ini adalah sebaik-baik solusi yang boleh kita buat. Nak-nak lagi, kita ini pelajar yang berada dalam aliran agama, mestilah perkara ini sangat perlu. Ana pun bukannya baik sangat, tapi mohler sama-sama ubah. Kalau rasa amalan sunat itu kurang, bolehlah tambah. Lazimi zikir ke, ok tu. Biar sikit-sikit asalkan istiqamah. Selain itu, solat fardhu tu biar awal waktu. Kalau urusan dengan Allah pun kita boleh tangguhkan, tidak mustahil urusan kita pun Allah boleh tangguhkan. Ana akui, iman kita ni naik dan turun, tapi tidak salah kan kalau kita islah diri sentiasa? Sebenarnya, penyakit begini tak mendekati kita andai kita mendekati Allah. 🙂
Ok, for those yang disyaki ada tanda-tanda kemurungan, jangan malu-malu untuk dapatkan khidmat kaunseling. SONIC pun ada untuk membantu. Dan jangan malu juga untuk merujuk pakar psikatri. Meeting psychiatrist doesn’t mean that you’re crazy. Tolonglah betulkan mindset. Jangan tunggu ia membarah baru hendak berjumpa pakar. 
Sekian, adios!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *