Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2018/1439

Seramai 154 orang pelajar dari tiga program pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz bagi Tahun 2018/1439 pada 28 April 2018 (Sabtu)

Tiga program pengajian tersebut ialah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Sciences). 
Program Pensijilan Tahfiz ini merupakan usaha kerajaan khususnya Darul Quran Jakim dalam melahirkan golongan huffaz profesional pada masa akan datang seperti doktor, jurutera, arkitek dan seumpamanya serta dalam masa yang sama merupakan seorang penghafaz al-Quran.
Majlis yang diadakan pada 28 April 2018 ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah binti Muhammad yang mewakili Ketua Pengarah Jakim. 
Majlis ini telah dimulakan dengan perarakan pelajar dan pensyarah bersama perasmi serta tetamu jemputan dari Bangunan Akademik ke Dewan Muktamar. 
Upacara khatam telah dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar 19 orang pelajar banin (lelaki) dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Abdullah, Ustaz Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin dan Ustaz Mohamad Norhazimin bin Mohd Bukhari, Pensyarah Tasmi’ Semester Tiga Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM. 
Wakil pelajar, Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad dan perasmi pula telah menyampaikan ucapan masing-masing sejurus selepas selesai bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Seterusnya sesi penyampaian Sijil Khatam dan anugerah kecemerlangan kepada para pelajar yang terpilih.
Pada tahun ini terdapat dua anugerah baru yang diperkenalkan iaitu Anugerah Khas (Anugerah Dua Kali Khatam Hafazan Di Hadapan Guru dan Anugerah Khatam Dalam Tempoh Satu Hari) dan Anugerah Penulisan Al-Quran Terbaik di samping Anugerah Pensyarah Cemerlang dan Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang yang masih dikekalkan. Semua anugerah-anugerah ini telah disampaikan oleh Hajah Zawanah yang diiringi oleh Pengarah DQ. Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:
  • Anugerah Penulisan Al-Quran Terbaik – Saudara Najid Sofiy bin Khirul Anuar dan Saudari Farah Nurizzah binti Saman.
  • Anugerah Khas (Anugerah Dua Kali Khatam Hafazan Di Hadapan Guru) – Saudari Wan Nurul Husna binti Wan Shukri, Umairah binti Mohd Roslan, Syarifah Anisah binti Habit Mustafa dan Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi.
  • Anugerah Khas (Anugerah Khatam Dalam Tempoh Satu Hari) – Saudari Siti Ameerah binti Fauzi, Nurhidayah binti Noorhadi, Nur Zainatul Aiman binti Mohammad Nor Azam dan Nurfatin Syahirah binti Mohd Asri.
  • Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang Lelaki – Ustaz Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin.
  • Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang Perempuan – Ustazah Fariatul Athiyah binti Abu Bakar.
  • Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang Lelaki (Jakim-IIUM) – Saudara Muhammad Aliff Irfan bin Khairul Anuar.
  • Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang Lelaki (Jakim-UNITEN) – Saudara Muhammad Imran bin Zulzamrin.
  • Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang Perempuan (Jakim-IIUM) – Saudari Siti Ameerah binti Fauzi.
  • Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang Perempuan (Jakim-UNITEN) – Saudari Fatin Zahidah binti Awang Adi.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Mat Isa, Pengarah Tabung Amanah Zakat UNITEN, Encik Ahmad Rauyani bin Ab Hamid, Pensyarah Matrikulasi Sains Kemanusiaan IIUM dan Ustazah Nurul Amilin Wajihah binti Mohammad Shamsudin, Koordinator Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS yang mewakili IPT masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *