Aku pelajar DQ

Diriku bukanlah sesiapa. Hanya insan biasa yg berlumur dosa. Entah mcm mana, tiba-tiba takdir hidupku ialah di bumi barakah Darul Quran. Tempat lahirnya hamlatul Quran. Tempat lahirnya insan yg bergelar huffaz. Aku dan Al-Quran dirasakan begitu jauh.. haha, bkn nk kutuk diri sendiri, tapi, Al-Quran pun aku jarang baca, tiba-tiba kena hafal pula. Oh Tuhan, takdir apakah ini?? Dari awal aku yg jarang-jarang baca Al-Qurab ni berangan-angan nk jadi hafizah, sekarang, aku dah pun dapat rezeki masuk DQ. Tapi, aku rasa tak layak sangat masuk sini, rasa rendah diri kepada yang ESA. Sudahlah banyak dosa, ada hati nak hafal Quran, masuk ke kalam Quran tu dekat hati kelamku ini.

Namun, siapa sangka, kini sudah genap 3 bulan aku di sini. Nampak macam aku gagah… tapi tak. Nampak macam aku kuat, tapi seringkali rebah. Aku diuji dengan kesusahan untuk menghafaz Al-Quran. Sahabat kesayanganku, semuanya laju-laju, hantar banyak page, aku?? Hantar 2 page pun susah. Dalam halaqah, aku tergolong dalam kalangan orang yang lambat. Hati ni berkecamuk saat berhadapan dengan ustazah. Jauh di sudut hati, tak mahu aku mengecewakan ustazah, tapi setakat ni, itu je aku mampu. Aku lemah, tapi aku tak mahu lihat org lain lemah. Saban hari aku berdoa kepada Tuhan agar tidak membiarkan sahabat-sahabat yang aku sayang merasai apa yang aku rasa, aku gembira bila melihat teman-teman sehalaqah dapat tasmik dengan lancar. Aku faham dengan orang yang lambat. Sakit dan keperitannya hanya Allah yg tahu. Dan aku juga faham, mereka yang dianugerahkan Allah, kesenangan untuk menghafal juga ada masalah tersendiri. Allah kan Adil.

Aku diam merenung jauh ke hadapan, bertanya pada diri sama ada masih ingin meneruskan perjuangan ini ataupun tidak. Acapkala aku kena berdiri sebab tak lancar, haha, denda, marah, semuanya dah sebati dalam diriku sehingga aku menjadi orang yang tak berperasaan.
Aku dah penat menangis, hati dah penat meronta. Tapi, kenapa aku tak pernah nak mengalah smpai sekarang??
Sahabat, memang benar, seringkali aku rebah, ingin mengalah. Tapi, kerana jiwa ini dirantai dengan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Aku gagahkan jua. Aku belajar bukan untuk mashi atau untuk dikagumi, sejak dari mula, aku ke sini untuk memperbaiki diriku, mendekatkan diriku kepada llahi. Aku selalu fikir, sekiranya aku didenda untuk mendapatkan kalam Allah yg begitu berharga, kenapa mesti aku sedih?? Aku tahu, Allah akan uji aku untuk mendapatkan Al-Quran yang berharga. Harga kalam Allah ni takkan mampu dibandingkan dengan duri dan ranjau yang aku terpaksa tempuhi.

Aku hamba dan aku ada PENCIPTA. Kpd ALLAH lah aku menyerahkan segala – galanya. Kenapa aku mesti putus asa sedangkan aku punya senjata (doa), kenapa aku mesti sedih sedangkan aku ada yang Menjaga. Kenapa mesti aku takut sedangkan aku ada Pemberi ketenangan. Aku yakin dengan jalan yang aku pilih, dan bersama doa dan harapan ibu bapa, berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, sukar untuk aku berpatah balik, duri yang sakit sudah banyak menusuk hati, air mata sudah habis mengalir, aku tak mungkin sia -siakan pengorbanan ini. Mungkin aku tak mampu nak menghunus senjata, dalam perjuangan berbalas -balas tembakan, tapi aku mampu menempuh segala cabaran demi bergelar penjaga Al-Quran. Why so serious?? Allah kan ada.

Yakin dan tetaplah berada di jalan ini sehingga ke penghujung. La tahzan, Inallaha ma ‘ana.
Aku berharap agar semua sahabatku berjaya dalam perjuangan ini. Jalan perjuangan kita memang tak mudah teman-teman, tapi selagi kita percaya adaNYA Allah untuk hambaNya. Janganlah pernah berundur walaupun setapak sebaliknya mara lah ke hadapan bertempur di medan perjuangan ini.
Wallahua’lam.

_HambaAllah_

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *