Eskpo Konvokesyen Darul Quran Kali ke 27

Ekspo konvokesyen Darul Quran yang bermula pada 8 Ogos 2018 telah selesai dirasmi pembukaannya pada 9 Ogos 2018. Majlis Perasmian Ekspo Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya.

Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata: Penganjuran ekspo ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkunjung dan mengenali Darul Quran dengan lebih dekat lagi. Dengan kata lain, ia adalah sebahagian daripada aktiviti bagi mempromosikan Darul Quran kepada masyarakat luar.” Selain itu, beliau turut menasihatkan kepada para pelajar agar tidak mengabaikan pelajaran biarpun dalam kesibukan meraikan ekspo pada tahun ini.

Majlis perasmian pada tahun ini telah menampilkan kelainan sebaik dimulakan apabila menggunakan lima pengacara majlis dengan lima bahasa yang berbeza. Saudari Nur Syamimi binti Samsuddin bagi pengacara Bahasa Melayu, Saudara Muhamad Firdaus bin Muhamad Shahir bagi pengacara Bahasa Arab, Saudari Maryam Zahraa’ binti Baharudin bagi pengacara Bahasa Inggeris, Saudara Tan Mike Foong bagi pengacara Bahasa Mandarin dan Saudara Abdul Hannan bin Mohamad Ibrahim bagi pengacara Bahasa Tamil.

Disamping itu juga, IQRAC menerima kunjungan dari 4 Batch (Generasi) bermula dari Generasi :

  1.  BEAR (GEN15)
  2.  LEGO (GEN16)
  3.  AURUM (GEN 17)
  4.  TREE (GEN18)

ini menjadikan gabungan 5 generasi pada ekspo kali ini. pelbagai perkongsian, pendapat, cerita lama dibuka dan diceritakan kembali sebagai perkongsian dan kenangan yang terindah buat batch STAR mengharungi pahit manis di DQ.

IQRAC juga telah mengambil bahagian dalam Ekspo kali ini dengan membuka gerai jualan “IQRAC CAFE” dan menganjurkan beberapa aktiviti sukan.

Pengacara Pelbagai Bahasa
Simbolik Perasmian Ekspo
Lawatan Ke tapak Ekspo & Pameran
IQRAC CAFE
Suasana Pengunjung
Suasana Pengunjung
 BEAR (GEN15)  LEGO (GEN16)  AURUM (GEN 17)  TREE (GEN18)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *