JALINAN MAHABBAH IQRAC 2019

Alhamdulillah, Generasi IQRAC Ke-19 dapat menjayakan program yang sungguh bermakna ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 Exco Hal Ehwal Siswa (EKWA) dengan kerjasama Exco Komunikasi dan Perhubungan (EKOP) dan Sinergy of Nifty Counsellor (SONIC) telah menganjurkan program JALINAN MAHABBAH IQRAC (JAMAI) pada 26 Januari 2019 bertempat di Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Sri Kundang, Rawang, Selangor.

Program ini merupakan program khidmat masyarakat dikendali sepenuhnya oleh IQRAC. 

Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta memupuk kasih sayang antara pelajar IQRAC dan anak-anak yatim, melatih pelajar menjadi contoh teladan kepada mereka dan mengadakan gotong royong disekitar kawasan tersebut.

Antara Aktiviti yang telah dijalankan :

Tidak dilupakan, Terima Kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang untuk bersama kami menjayakan program bersama Anak Yatim & Miskin Sri Kundang. Semoga sedekah tuan puan bermanfaat untuk mereka & mendapat balasan Allah Taala

 Semoga jalinan ukhuwwah yang terbina dari kalangan iqrac dan anak yatim sri kundang dapat berkekalan sehingga akhir hayat. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *