Lawatan Mahabbah SMIIPSU

Lawatan Mahabbah Sekolah Menengah Islam Integrasi Pintar Saujana Utama (SMIIPSU)

22 Februari 2019 (Jumaat)

IQRAC telah menerima kunjungan mahabbah dari Sek Men Islam Integrasi Pintar Saujana Utama. Seramai 36 orang pelajar & 8 orang guru pengiring yang diketuai oleh Puan Rahayu Bt Norbir (Penasihat SMIIPSU.

Lawatan dimulakan dengan Ucapan aluan pengerusi majlis Saudara Muhammad Zuhri Imran Bin Azhar, Ucapan aluan Presiden IQRAC Saudara Muhammad Asyraf Bin Norazmi, Ucapan & Taklimat Ringkas IQRAC oleh Penasihat IQRAC En. Muhammad Nazim Bin Siham dan seterusnya ucapan Terima kasih dari Penasihat SMIIPSU.

Majlis diteruskan dengan penyampaian “Welcome Gift” dari IQRAC dan dibalas terima oleh pihak SMIIPSU.

Selepas itu diteruskan dengan aktiviti yang telah disusun :

  1. Visual
  2. Auditori
  3. Kinestetik
  4. Lawatan Kelas – Kelas Pengajian

Terima kasih dari kami untuk pihak SMIIPSU di atas kesudian menjalinkan ukhuwah dengan IQRAC. Terima kasih juga pada Ustaz Amru, wakil SMIIPSU di atas susun atur lawatan mahabbag ini.

Semoga ukhuwah ini akan terus terjalin.

-admin-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *