Majlis Sambutan Pelajar Baru IQRAC GEN 19

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM Sesi 2018/2019 telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.
Darul Quran telah menerima 1,545 permohonan kemasukan pelajar dari seluruh Malaysia pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 374 calon yang layak untuk ditemuduga. Seramai 326 calon telah menghadiri sesi temuduga yang diadakan di tiga pusat temuduga iaitu di Darul Quran Kuala Kubu Bharu, Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak. Daripada semua jumlah di atas, Darul Quran hanya menerima kemasukan bagi 140 orang pelajar sahaja iaitu 80 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan.
Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM merupakan usaha Jakim khususnya Darul Quran dalam melahirkan golongan huffaz profesional seperti doktor yang hafiz, jurutera yang hafiz, ahli farmasi yang hafiz dan sebagainya. Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2000 dan sehingga kini, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM ini telah melahirkan seramai1,502 orang graduan.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik & Kemasukan Pelajar, International Islamic University Malaysia (IIUM), Prof. Madya Dr. Gairuzazmi bin Mat Ghani, Ustaz Md Zaki bin Ab Manan dan En. Abd Razak bin Ab. Rashid selaku Pengurus Projek Waqaf Maar Integrated & Solution. Semua pelajar-pelajar baru ini telah dihadiahkan dengan mushaf al-Quran Qiraat Waqaf oleh Yayasan Muslimin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *