KENALI IQRAC

     Intellectual Quranic Generation Association ( I.Q.RaC ) merupakan sebuah Persatuan berdaftar di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM bagi bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM. 


Kini IQRAC telah mencapai usia dua (2) dekad dengan 19 Generasi bermula dari tahun 2000 sehingga 2018. 

Falsafah


     Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid kea rah membentuk generasi al Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.


Objektif

  1. Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
  2. Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendiakawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.