PEMILIHAN PELAJAR

 Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut :

  1. Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan

  2. Berkemampuan tinggi untuk menghafaz al-Quran

  3. Personaliti yang tinggi

  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum ; dan

  5. Lain-lain perkara yang berkaitan

Pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini.

SYARAT KELAYAKAN GRED PERCUBAAN SPM

*Syarat kelayakan ini kemungkinan berubah dari masa ke semasa, bergantung pada mesyuarat pemilihan pelajar Pensjilan Tahfiz JAKIM-IIUM

TEMPOH PENGAJIAN

 Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar –pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan

JANGKA MASA PENGAJIAN

Pengajian akan bermula pada bulan Januari ( selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.

PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ JAKIM-IIUM

TahunProgramTempat
1 tahun 6 bulanPersijilan Tahfiz Al-QuranDarul Quran, Kuala Kubu Bharu
1 hingga 2 tahunProgram Matrikulasi UIAMPusat Asasi UIAM
3 tahun setengah hingga 5 tahunProgram IjazahUniversiti Islam ANtarabangsa Malaysia