Assalamualaikum W.B.T.

 Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq ‘inayah serta keizinannya jua, Intellectual Quranic Generation Association (IQRAC), telah berjaya menaik taraf dari blogspot dan membina sebuah laman web dengan mengekalkan artikel di blogspot terdahulu untuk lebih memberi pengenalan mengenai persatuan, perkongsian aktiviti & maklumat dan menjadi tatapan umum dan seluruh pengunjung internet, dimana jua mereka berada.

Bertepatan dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih ini, Intellectual Quranic Generation Association (IQRAC) mengambil inisiatif dan tanggungjawab penuh untuk mempelbagaikan pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan cepat untuk disalurkan kepada umum khasnya.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan penuh hikmah,  Semoga ia dimanafa’atkan oleh semua lapisan masyarakat yang cintakan kebenaran, keamanan dan kedamaian.

Sekian wassalam.