Salam AidilAdha 1439H/2018M

KENYATAAN MEDIA | IQRAC
*****************************
PERUTUSAN AIDILADHA

بسم الله الرحمن الرحيم

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

Sempena Aidiladha ini semestinya kita mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam al-Quran al-Karim, dari kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan. Jangan kita menganggap Aidiladha adalah rutinan tahunan biasa. Pesta tahunan yang disambut hanya untuk bergembira. Ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi meletakkan jiwa sejauh mana pengorbanan kepada agama Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan sehingga mampu mengenepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi.

Allah S.W.T menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi kehidupan pada masa hadapan. Islam mengajar umatnya untuk mengorbankan jiwa dan harta demi untuk menegakkan kalimah Allah S.W.T serta melaksanakan dakwah Islamiah.

Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan menuntut pengorbanan. Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ianya harus bermula dari diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberikan kekuatan dan persediaan dalam perjuangan. Maka perjuangan dalam dunia pendidikan pastinya memberikan impak yang maksima kepada pembangunan generasi Ulul Albab.

Kita korbankan masa, kita korbankan harta, kita korbankan kesenangan diri, kehendak nafsu, semuanya untuk mentaati Allah S.W.T. Bukan mudah untuk bersedekah, berwakaf dan berzakat tanpa pulangan wang semula, tetapi kita laksanakan untuk mentaati Allah S.W.T.

Justeru, marilah kita menjadikan Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar kita tergolong di kalangan hamba Allah S.W.T yang dirahmati.

Bersama kita berjuang dan berkorban membina masa depan IQRAC yang lebih gemilang sebagai sebuah Persatuan Pelajar yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli IQRAC & Alumni IQRAC yang mampu membawa IQRAC ke arah lebih Profesional & Menjadi Pemangkin Ummah.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga IQRAC yang terus berusaha, berjuang dan berkorban untuk mempromosi IQRAC bagi menjadikan IQRAC Persatuan Terbaik di Darul Quran menjelang 2020

Salam Aidiladha 1439 Hijrah daripada saya Penasihat IQRAC kepada para mahasiswa, para pensyarah, para pegawai dan seluruh warga IQRAC yang diingati lagi dikasihi yang sentiasa berjuang dan berkorban demi Jihad Pendidikan Islam. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.

“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر

…..人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:””””””;-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_ ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║

⭐🌟💫🌙✨Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.💫🌟⭐🌙✨

💥Selamat 💭✨
✨💭Menyambut
😗✨ 💭 💥AiDiLAdHa💥
__| |_______
/__________/_\
🌷🌹 | 四 |目| 四 |目| 🌳🌳
╭⌒╮ 🌙╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
🌾🌾..🐂🐄🐃🐏🌾🌾
*Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa… & Segala yang tak nampak*

***************
Muhammad Nazim Bin Siham
Penasihat Intellectual Quranic Generation Association

Link Perutusan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1085568348269788&id=195886553904643

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *