Tahun baru, Ramadhan pun baru.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, hari ini masih lagi kita bernafas di bumi Allah. Syukurlah kerana masih lagi Allah beri peluang untuk kita meneruskan kehidupan di samping beribadah kepada-Nya, nak-nak lagi dalam bulan yang penuh barakah ini. Janganlah kita sia-sia kan ya? Bagi para hamalatul quran, jangan lupa isi masa dengan iadah. Tahulah sekarang ni cuti sem. :p
Buat warga Tree Familia, pastinya Ramadhan kali ini memberikan impak bukan? Bagi yang tidak pernah menduduki asrama, mungkin tahun ini tahun yang pertama buat kalian berpuasa tanpa keluarga di sisi. Dan mungkin bagi ahli sem, Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang diberi nafas baru kerana berpeluang untuk berpuasa di bumi barakah Darul Quran, merasai indahnya bersahur bersama teman sebilik, berpeluang tadarus beramai-ramai di Pusat Islam, menyertai kelas tasmik tambahan, mungkin ada yang menyertai program memasak bubur lambuk di Pusat Islam, dan sebagainya yang mana pada suatu masa dahulu, kita mungkin tidak merasainya. Haha, cliche punya ayat tapi itu yang realitinya.
Jujurnya, diri yang menulis ni pun merasai benda yang sama. Berlatar belakangkan pendidikan di sekolah menengah harian biasa menyebabkan ana tidak berpeluang merasai aktiviti seumpama ini. Tambahan lagi, ana bukanlah pelajar asrama. Jadi, pastinya Ramadhan kali ini memberikan impak untuk ana, walaupun hanya sempat merasai nikmat itu empat hari sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *