Kita Hamalatul Quran?

Al-Quran berwarna pelangi itu diambilnya. Dibuka dan dibelek-beleknya , mencari muka surat yang terhenti bacaannya sebentar tadi.
Tiba-tiba , ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Surah Fathir ayat 32.
Teringat dia pada perbualannya dengan seorang sahbatnya yang amat dicintainya kerana Dia.
********
Di suatu petang , hujan renyai-renyai , berangin gituh terlihat dua orang sahabat sedang duduk di satu waqaf sedang menikmati pemandangan indah tasik Dq.
” Afif , aku rasa macam bersyukur sangat Allah campak aku kat sini. Rasa bersyukur sangat sangat”
Dengan penuh perasaan Haliim meluahkan perasaannya kepada Afif.
Afif hanya tersenyum melihatnya , membenarkannya di dalam hati.
” Iyalah , aku dulu jahil gila kut. Gila punya nakal. Benda jahat apa je yang tak pernah aku buat. Semuanya aku dah buat Fif “
Sekali lagi Afif hanya tersenyum melihat Haliim ,  mendengar dengan penuh sabar. Kenal benar dia dengan sahabat karibnya itu. Manakan tidak , dari sekolah menengah bersama-sama , segala baik buruk Haliim diketahuinya.
” Aku bersyukur sangat Allah selamatkan aku melalui Furqan ” , Al-Quran berwarna biru itu diberinya nama Furqan , hadiah pemberian ayah pada hari jadinya yang ke-13 , didakapnya dan diciumnya dengan penuh cinta.
” Aku rasa tanpa Furqan , agaknya aku jadi apalah sekarang “
” Allah buka hati aku untuk hafal Quran bahkan Dia permudahkan lagi untuk aku. Dan , Dia hantar kau untuk kuatkan aku. Siapa sangka sekarang kita sudah bergelar Hamalatul Quran “
Afif sekadar tersenyum melihat Haliim , terharu mendengar kata-kata sahabatnya itu.
” Tetapi , ada satu benda aku sedih sangat sebenarnya Fif “
Wajah Haliim yang ceria sebentar tadi berubah serta merta. Afif mula kehairanan , ” kenapa ? ” akhirnya Afif bersuara.
” Iyalah , kita kat sini semua hamalatul quran tapi aku rasa tu semua macam gelaran je tau “
” Maksud kau ? “
” Iyalah, cuba tengok waktu Subuh dekat masjid , selalunya ada dua tiga saf je , yang tu pun dua saf masbuk “
” Qiam tak payah cakap la. Rasa macam boleh kira dengan jari je. Semua selalu bangun waktu azan subuh kut “
Afif terkedu namun turut membenarkannya di dalam hati.
” Aku tak cakap pasal siapa-siapa. Aku cakap pasal diri aku lah.  Aku ni macam hafal je tapi dari segi amal dan penghayatan hancuss “
Afif tertunduk apabila kata-kata itu terpacul dari mulut Haliim , zaap menusuk hatinya yang paling dalam. Aduh ! Sakit rasanya.
” Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang muhasabah diri aku rasa betapa hinanya aku dan betapa tak layaknya aku untuk berada di sini. Yalah , hati ni pun tak pandai nak jaga. Mudah sangat untuk rasa suka kepada berlainan jantina. Aghhhh. Hinanya aku Fif. Hati sendiri pun tak mampu nak jaga “
Afif menepuk-menepuk perlahan belakang Haliim , memahami setiap bait kata-kata Haliim kerana dirasakan dia juga begitu.
Bahu Haliim terhinjut-terhinjut , terdengar esakan tangisan darinya.
Dalam sendunya itu dia membacakan ayat itu kepada Afif.
Surah Fathir ayat 32.
” Aku rasa aku-lah yang Allah maksudkan menzalimi diri sendiri itu. Aku takut Fif , andai aku dilaknat Al-Quran di akhirat nanti. Aku takut Fif “
Bahunya terhinjut-hinjut lagi.
” Haliim , ” Afif menarik nafas sedalam-dalamnya berusaha menyusun kata untuk menenangkan sahabatnya yang amat dicintainya itu.
” aku faham perasaan kau Haliim . Faham sangat tapi itulah ujian-ujian untuk kita sebagai hamalatul Quran. Hati , perasaan , nafsu dan syaitan. Itu semua adalah ujian untuk kita Liim. Malah , syaitan yang dihantar kepada kita bukan bertaraf tentera Liim , tetapi jeneral syaitan. Peperangan ini dengan diri kita hakikatnya peperangan kita melawan syaitan dan hawa nafsu  kita”
Senyap sahaja daripada Haliim barangkali sedang memberi fokus kepada kata-kata Afif pula.
” Tapi Haliim , kita tak boleh kalah dalam peperangan ini Liim. Kita kena usaha sehabis mungkin. Ya ,aku tak nafikan memang susah. Memang susah untuk melawan diri , menjadi hamalatul Quran yang sebenar-benarnya tetapi kita kena terus berusaha ke arah itu. Kita mungkin sampai bila-bila takkan mampu untuk menjadi sempurna tapi kita kena sentiasa berusaha untuk mencapai sempurna itu. Allah tengok usaha Haliim. Allah cuma nak kita lebih dekat dengan Dia , Liim.. “
Haliim sepertinya sudah mulai tenang , reda sudah tangisannya sebentar tadi.
” Kita sama-sam eh Haliim. Kita sama-sama usaha. Kalau kau salah aku tegur , kalau aku salah kau kena tegur aku. Okay ? “
Afif melihat wajah sahabatnya mulai tersenyum.
Haliim mengesat air matanya lalu menghulur tangannya kepada Afif ,
“sahabat sampai syurga Afif? “
Disambutnya tangan Haliim dan digenggamnya dengan penuh erat sambil tersenyum ,
“sampai syurga Liim ” .
*******
Tanpa sedar air mata nya jatuh mengalir di pipi.
” Afif ” , tiba-tiba dirasanya ada tangan yang menepuknya dari belakang.
“Kau ni dah kenapa nangis tiba-tiba nihhh “
Diangkat mukanya melihat pemilik tangan yang menepuknya itu , ” oh , Haliim “
” Haha. Tak de apa lah. Eh , tolong tebuk aku please. Lama dah kau tak tebuk aku kan “
” Aceceh. Masyi ah kawan aku ni “
” hehe. Mana ada , kau lagi masyi “
” Elehh kau nihh “
*********
Begitulah cerita mereka :”)

The End.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *