Pelajar Baharu Pensijilan JAKIM/IIUM Sesi 2019/2018 dirai

18 Jun 2019, Darul Quran JAKIM dengan jayanya telah meraikan seramai 77 orang pelajar baharu bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi Pengajian 2019/2020 dan 20 perantis baharu bagi Program Sijil Kemahiran (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Sesi Jun 2019. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Dr. Haji Nordin Ahmad di Dewan Muktamar Darul Quran.

 

“Belajar di Darul Quran ini memerlukan kepada komitmen yang tinggi dan disiplin yang kuat. Justeru, pelajar perlu kepada emosi dan ketahanan yang tinggi kerana setiap hari para pelajar DQ perlu memperuntukkan masa lebih lima ke enam jam untuk hafazan al-Quran”, kata beliau dalam ucapan perasmiannya.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Pusat Asasi International Islamic University Malaysia (IIUM) Ustaz Murshid Kassimm, Pengarah Academic Management And Admission Division International Islamic University Malaysia (IIUM), Profesor Madya Dr. Ghairuzazmi Mat Ghani dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Mohd. Ayob Wari. Seramai lebih kurang 300 orang termasuk tetamu terhormat, pegawai-pegawai kanan Darul Quran, pensyarah Darul Quran dan ibu bapa menyertai majlis ini.

 

Majlis berakhir dengan bacaan ikrar oleh pelajar baharu dan acara turun-temurun dalam majlis pendaftaran iaitu sesi penyerahan pelajar oleh ibu bapa kepada Darul Quran. Ini adalah sebagai satu simbolik penyerahan amanah kepada Darul Quran supaya membimbing dan mendidik anak-anak didik ini. Para pelajar baharu juga turut dihadiahkan dengan Mushaf Terjemahan Haramain Karya Bestari setiap seorang.

 

Syabas dan tahniah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *